KUNDALINI REIKI

APA ITU REIKI?
Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.
http://blogabangaji-reiki-malaysia.blogspot.com

Kesimpulannya, Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut.


KUNDALINI REIKI
Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.

Kundalini Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra Dasar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra Dasar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.



Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement.

Kundalini Reiki 2008 adalah Kundalini Reiki versi terbaru yang telah di upgrade dan diperbaharui dengan mempunyai hanya 3 tingkatan / level secara keseluruhannya. Iaitu KR1, KR2, KR3 (Master). Versi Kundalini Reiki yang lama / yang sebelum ini mempunyai 9 level iaitu tambahan 6 level selepas level 3 yang dipanggil sebagai booster yang perlu diambil attunement secara berasingan dan berperingkat-peringkat (jarak masa 5 hari setiap peringkat). Tetapi Kundalini Reiki yang terbaru kali ini telah singkatkan menjadi 3 level secara keseluruhannya dimana 6 level booster sebelum ini telah dimasukkan kedalam level 3. Malahan buku manual juga terdapat penambahan teknik yang diajar.


Keterangan ringkas Kundalini Reiki adalah seperti berikut:

KUNDALINI REIKI LEVEL 1– KR1
Dalam penyelarasan aturan kundalini reiki 1 (KR1) – kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (melainkan cakra Dasar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke cakra Dasar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki peringkat 2 (KR2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan. Kundalini Reiki 1 (KR1) adalah bersamaan attunement USHUI REIKI 1,2,3.

KUNDALINI REIKI LEVEL 2– KR2
Dalam Kundalini Reiki peringkat 2, kesemua cakra-cakra utama dan saluran-saluran tenaga akan kosong dan terbuka. Mula berlaku pembangkitan kundalini, penaikan Api kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus Chakra). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini pada peringkat KR3. Di peringkat ini anda juga akan diajar meditasi khusus Kundalini Reiki yang dapat menaikkan api/energi kundalini dalam masa yang singkat. Melalui meditasi ini juga jalur-jalur energi / cakra dapat dibersihkan.
Untuk mempelajari Kundalini Reiki sebelum itu terlebih dahulu perlulah dibuat 'attunement' (penyelarasan/ pengijazahan). Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut. Proses attunement akan memakan masa lebih kurang 25 minit.

Kursus ini boleh diambil secara jarak jauh (tidak perlu hadiri diri ataupun dengan menghadirkan diri. Untuk Hadir diri kursus hanya akan dibuat pada waktu malam sahaja iaitu dari jam 8.30pm-11.30pm. Jika anda ingin mengikuti kursus secara hadir diri sila hubungi saya di talian : +6019-9886277 untuk temujanji.


YURAN PERLATIHAN MASTER KUNDALINI REIKI

Reiki merupakan suatu keilmuan yang sangat dirahsiakan. Reiki mula menyebar setelah diajarkan di Hawai, Amerika Syarikat. Ini kerana orang-orang barat beranggapan sesuatu yang bagus haruslah disebarluaskan. Pada mulanya penyebaran Reiki bermula agak perlahan disebabkan faktor pembiayaan yang sangat besar. Yuran untuk mempelajari Reiki level 1 adalah US$200.00 (RM760.00) , untuk tingkat kedua adalah US$600.00 (RM2,280.00) dan untuk tingkat Master adalah US$10,000.00 (RM38,000.00)!!....

Di masa kini, kita amat beruntung kerana sudah ramai Master Reiki yang walaupun telah mengeluarkan biaya yang besar namun mahu mengajar Reiki dengan bayaran yang lebih rendah dengan tujuan agar Reiki dapat disebarkan seluas-luasnya demi kesejahteraan umat manusia.

TERMURAH DI MALAYSIA!!
Percayalah, anda tidak akan mendapat yuran yang semurah sebegini, di Malaysia, rata-rata pihak yang menganjurkan kursus sebegini akan mengenakan yuran sehingga RM3000 hingga RM15,000 untuk peringkat Master.
YANG HAIRANNYA RAMAI PULA YANG SANGGUP BAYAR HANYA KERANA PENGANJUR ADA GELARAN BESAR DIDEPAN NAMANYA. MAMPU BUAT IKLAN BESAR DIAKHBAR DAN MENGADAKAN KURSUS DIHOTEL-HOTEL BESAR..
Oleh itu pihak kami menawarkan kursus yang sama tetapi pada harga yang sangat rendah agar mampu dipelajari oleh segenap golongan masyarakat.
"KALAU ADA YANG MUDAH,
KENAPA AMBIL YANG SUSAH"
"KALAU ADA YANG CEPAT,
KENAPA AMBIL YANG LAMBAT"
"KALAU ADA YANG MURAH,
KENAPA AMBIL YANG MAHAL"


MASTER KUNDALINI REIKI 2008 Yuran: RM1500.00
YURAN EARLY BIRD HANYA
RM450.00 sahaja
YA! Dengan yuran serendah RM450 (biasa RM1,500), Anda akan dapat:
Attunement Kundalini Reiki Level 1 - level 3 (Master)Manual Master Kundalini ReikiAnda boleh Beri Attunement / Ijazah Kepada Orang LainSijil Master Kundalini Reiki
BONUS EKSKLUSIF - Master Gold Reiki (level 1 - 3)
BONUS ISTIMEWA - Teknik Applied Kinesiologi (Untuk peserta hadir diri sahaja).

KURSUS JARAK JAUH
Sila Bank-in yuran ke akaun Maybank. Kemudian sms atau email butiran kemasukan wang tersebut beserta nama penuh, nokp & alamat lengkap. Esoknya kami akan hantarkan 1)manual lengkap, 2)sijil, Setelah terima manual, sila tel atau sms kami untuk menetapkan tarikh dan masa untuk anda terima attunement pula. Master akan memberi attunement secara jarak jauh. Cukup senang dan mudah difahami.

KURSUS HADIR DIRI
*** Ambil perhatian, untuk sesi hadir diri, kelas tidak dijalankan secara formal atau di hotel-hotel besar, sebab itu yuran kami lebih rendah dari yang lain kerana tidak perlu membayar kos sewa hotel / tempat yang mahal. Sesi attunement akan dibuat di padang rekreasi , Sila buat temujanji awal terlebih dahulu.